Skip to main content

MC versus Call in sick

MC versus Call in sick.

"Kalau pekerja terpaksa 'menipu MC' untuk berehat, itu bukan isu disiplin. Itu isyarat tempat kerja anda bermasalah."

Di Malaysia, kita terlalu biasa dengan budaya MC—sakit sikit terus ke klinik, ambil sijil, tunjuk kat HR.

Tapi pernah tak kita tanya kenapa ada pekerja yang terpaksa 'cheat' MC?

Mungkin dia bukan sakit fizikal, tapi burnout.
Mungkin dia bukan malas, tapi dah tak mampu.
Mungkin dia bukan menipu, tapi tempat kerja kita tak ada ruang untuk rehat yang jujur.

Dekat Europe, banyak syarikat benarkan self-declare sick leave. Tak perlu MC.
Sebab mereka percaya—kalau kau tak sihat, kau patut rehat. Full stop.

Di Malaysia, kita kadang-kadang lebih fokus kepada enforcement daripada improvement.
Tapi tanya balik diri kita:

Kenapa kita nak orang yang tak nak kerja, datang kerja?
Kerja pun tak produktif, moral team pun jatuh.

Kalau kita betul-betul nak bina tempat kerja yang sihat—start with trust. Husnuzon.
Dan kalau terlalu ramai pekerja yang ‘lari’ dari kerja, mungkin bukan mereka yang perlu diubah…
Mungkin sistem kerja tu sendiri yang perlukan audit.

Comments

Popular posts from this blog

Handphone

KEHIDUPAN Apa PENEMUAN yang paling Hebat, Dahsyat dan Luar  Biasa di ABAD ini...???    LETRIK...?    PESAWAT...?     KENDERAAN...?    TELEVISYEN...?    KOMPUTER...? SALAH BESAR, Ternyata BUKAN...! Penemuan yang paling hebat di Abad ini adalah HANDPHONE...      Mengapa...??? Inilah JAWABNYA. HP Melenyapkan telefon awam. HP Melenyapkan telefon rumah. HP Melenyapkan Kafe internet. HP Melenyapkan Televisyen. HP Melenyapkan Radio. HP Melenyapkan Tape Recorder. HP Melenyapkan Kamera. HP Melenyapkan Game. HP Melenyapkan Surat khabar. HP Melenyapkan Kalender. HP Melenyapkan Kad ATM. HP Melenyapkan Dompet. HP akan melenyapkan apa lagi di masa akan datang...??? 😭 HP boleh melenyapkan MATA anda. 😭 HP boleh melenyapkan TULANG LEHER anda. 😭 HP boleh melenyapkan KESIHATAN anda. 😭 HP boleh melenyapkan PERKAHWINAN anda. 😭 HP boleh melenyapkan KASIH SAYANG KELUARGA anda. 😭 HP boleh melenyapkan GENERASI PENERUS anda. 😭 HP b...

Bodoh

  Bodoh Tak Salah, Tapi Jangan Bodoh Sombong Tanya bila tak tahu, itu bijak. Tapi bila tak tahu, tapi nak belagak… itu bodoh sombong. Jangan takut bertanya, takutlah bila kita syok sendiri. Ilmu tak melekat pada ego. Nak pandai, sila turunkan dahi, bukanlah naikkan hidung. Gitu.

Burnout

Ramai yang tengah 'battle' dalam diam. Luaran nampak okay, tapi dalam hati banyak yang dipendam. Burnout dekat tempat kerja is no joke ya kawan-kawan. Benda ni bukan berlaku tiba-tiba, tapi hasil daripada tekanan yang berpanjangan. Puncanya? ~ Workload berlebihan – semua task “urgent” ~ Waktu kerja yang tak fleksibel / no boundary – kerja 'follow' balik rumah ~ Kurang penghargaan atau pengiktirafan ~ Arahan kerja yang tak jelas  ~ Tiada ruang untuk bersuara / komunikasi satu hala ~ Tiada support system Burnout bukan tanda kita lemah. Tapi akan berlaku bila kita abaikan kesihatan mental sendiri. Kita terlampau fokus dengan kerja, sampai lupa kita ni manusia biasa. Diri sendiri perlukan rehat, ruang, dan sokongan. And yes, a good leader will take this seriously. Bukan sekadar cakap manis atau janji kosong, tapi mesti seiring dengan tindakan. To those silently struggling, please give yourself a break. You’re not alone. Talk to someone. No deadline is worth your peace of mi...