Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2025

Bodoh

  Bodoh Tak Salah, Tapi Jangan Bodoh Sombong Tanya bila tak tahu, itu bijak. Tapi bila tak tahu, tapi nak belagak… itu bodoh sombong. Jangan takut bertanya, takutlah bila kita syok sendiri. Ilmu tak melekat pada ego. Nak pandai, sila turunkan dahi, bukanlah naikkan hidung. Gitu.

I'm done

I'm done Selama 20 tahun kerjaya saya dalam bidang IT, belum pernah kena PIP dalam mana-mana syarikat. Tak mengapa saya sabar, saya tanya sebelum PIP takde warning letter dulu? HR jawap tiada. Lazimnya terus PIP. Oh gitu. Saya tanya lagi tak boleh tunggu selepas yearly performance review? Di situ la cara mengukur KPI yang measurable untuk kata yang saya ni low performance employee. HR jawab PIP ni boleh buat tak kita masa sepanjang tahun. Oh gitu. Mula saya dapat offer kerja di sini, title position ialah Senior Specialist Digitalization. Mulanya saya takut dengan generic title macam ni. End up ia berakhir dengan drama PIP ni. Lepas join, ada face-to-face meeting dengan manager, memang expectation untuk saya ialah to be technical person atau architect dalam technical team. Bila 2 manager saya ni masukkan saya dlm PIP, mereka cakap you are hired to be Technical Project Manager. Memandangkan black and white tiada, apa saya boleh cakap? Selama saya di sini, saya sabar dengan pe...

Burung

Dia boleh saja terbang jauh… menyelamatkan diri dari bahaya. Sayapnya cukup kuat, nalurinya cukup tajam. Tapi dia tak lari. Dia tetap tinggal disitu menunggu dalam diam, setia, dan tabah, dalam kepanasan yang akhirnya membakar dirinya hanya kerana di sisi ada satu-satunya benda paling berharga dalam hidupnya. Bagi seekor burung, ini bukan sekadar pilihan. Ia adalah naluri. Musim bertelur mengubah segalanya hormon prolaktin melimpah di otaknya, menyalakan rasa tanggungjawab yang luar biasa: Untuk membina sarang. Menjaga telur. Melindungi dengan seluruh jiwa, walaupun maut menanti. Burung mungkin tak kenal makna cinta seperti manusia, tapi dia tahu satu perkara iaitu berkorban demi kelangsungan nyawa yang belum sempat melihat dunia. Jasad kecil yang dijumpai di celah abu itu… bukan sekadar seekor burung. Itulah seekor ibu burung. Seekor ibu yang memilih untuk tinggal, bukan kerana dia lemah tetapi kerana dia terlalu kuat untuk berpaling dari tanggungjawab. Kerana bagi dia, hidup hanya ...

Berbahagialah

  Berbahagialah saat ini dengan menghargai dan mensyukuri apa yang dimiliki tanpa menambah keinginan-keinginan baru hingga mengorbankan apa yang telah ada. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula jatuh berciciran

Tanda-tanda boss kita sayang

Tanda-tanda boss kita sayang betul dekat kita. Cuba baik slow-slow. Mana tahu boss korang ada tanda-tanda ni: 1. Betulkan kesilapan secara private, bukan depan orang 2. Bila ada orang cakap belakang kita, dia pertahankan 3. Puji kelebihan kita walaupun kita tak ada masa tu 4. Dia tanggung kesalahan bersama walaupun tu kesalahan kita 5. Dia percayakan kita dengan heavy tasks 6. Walaupun kena marah dengan big boss, tapi dia tak lepas kat kita 7. Dia bagi ruang untuk grow dan peluang untuk buat silap 8. Dia tahu kita hanya manusia biasa dan ada life lain selain kerja 9. Dia celebrate kejayaan kita walaupun kecil 10. Dia tak kacau waktu kita cuti & berehat Honestly, tak semua boss mampu buat macam ni tapi kalau ada tu, appreciate dan buat kerja elok-elok bagi dia bangga. Dapat buatkan kita grow dan earn lebih pengalaman. Boss saya dulu almost ada semua tanda. Boss korang macam mana?