Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2025

office to office

  Setelah sekian lama kakak survive from office to office, team to team, here's what I can conclude. 1️⃣ Berbaik-baik dengan semua orang = kerja jadi senang. Being kind bukan bermaksud you lemah or mengalah. Bila kita layan orang respectfully, kerja jadi lebih mudah. Orang lebih willing nak tolong, nak cooperate, nak bagi safe space to speak. Trust me, orang akan ingat their experience kerja dengan kita, bukan berapa banyak KPI kita deliver. 2️⃣ “Thank you for your patience!” instead of “So sorry I'm late.” Nampak like small matter je, tapi impact dia besar. Tukar the narrative, from feeling guilty to feeling grateful. It shows you appreciate their time, bukan you're too lazy to be on time. 3️⃣ Berhenti beli benda merepek untuk impress orang lain. (I see you.) Dia pakai YSL awak pun nak YSL. Style is a mindset, bukan atas jenama. Awak work hard kan untuk gaji awak? Beli something yang betul-betul ada meaningful pada you (and high quality supaya tahan lama). Recession is on...

SPM

    BIAR FOTO BERBICARA Hari ni penuh facebook saya dengan posting keputusan SPM, mak ayah bangga, cikgu terharu, anak-anak berdebar. Tapi, ada satu posting yang buat saya berhenti scroll. Lama juga saya termenung. Sebuah foto... tapi penuh makna ❤️ Masya-Allah Tabarakallah. Dalam lautan kejayaan, ada satu cahaya akhlak yang menyinar. Anak ini... Perilakunya menunjukkan dia berterima kasih kepada semua dan hebatnya bukan hanya sekadar berterima kasih kepada cikgu, tapi juga pakcik guard sekolah. Siapa pernah terfikir yang selama ni, pakcik guard yang tiap pagi bukakan pintu pagar tu, mungkin dalam diam doakan kesejahteraan anak-anak kita? Siapa pernah sangka, senyuman makcik kantin masa bagi nasi lemak tu mungkin jadi asbab hati anak kita tenang jawab exam? Anak ini tunjuk satu contoh akhlak yang terbaik sebagai seorang pelajar. Akhlak yang bukan hanya mahukan hasil. Akhlak yang pandang peranan setiap insan, tidak hanya pada nama dan pangkat. Saya yakin, anak-anak yang begini....

SAYA SEORANG PENGECUT

Ya, anda baca dengan betul. Tapi tunggu, bukan jenis pengecut yang menjerit bila nampak lipas terbang (walaupun dengar cerita mereka dapat nama "binatang lain" yang hebat bila terbang, haha!). Itu, saya boleh handle. Ada begitu banyak perkara dalam hidup yang kita takutkan. Ada bayangan dari masa lalu yang datang semula, ada pula yang tiba-tiba muncul – sama ada kita pilih atau tak. Suka atau tak, ia tetap ada. Sekarang ini saya sedang dalam tempoh pekerjaan kedua paling lama sejak saya mula bekerja lebih kurang satu setengah dekad yang lalu. Dulu, saya ada satu sifat "pengecut" di mana saya sering mencari jalan keluar apabila sesuatu tak mengikut jangkaan saya. Ini tak bagus, itu tak bagus, semua tak menjadi. Pendek kata, segalanya. Akhirnya, saya sedar sesuatu yang penting: SAYA PENAT LARI. Rumput di sebelah sana mungkin tak selalu lebih hijau (terutamanya bila 'disalut gula' berlebihan), dan untuk memulakan semula semakin sukar bila kita semakin berumur (...

Tugas

  Tugas aku settle backlog yang dah bertahun-tahun, dan dalam masa 3 bulan, semuanya selesai. Bos cakap, ‘Itu memang tanggungjawab awak.’ Tapi bila aku buat kerja dalam 30 minit, bukan sebab aku cepat, tapi sebab 10 tahun pengalaman yang aku bawa. Lepas backlog selesai, mulalah orang datang meminta tolong. ‘Boleh cover kerja ni?’ ‘Yang tu urgent!’ Kerja aku yang hakiki pulak terpaksa ditunda sebab semua kerja orang lain jadi ‘lebih penting’. Dan bila kerja aku lambat siap, aku pulak yang kena blame sebab ‘tak pandai urus masa’. Yang paling menarik, bila aku mula burn out, instead of ada yang faham, aku pulak kena penalised sebab ‘tak suka staff yang merungut’. Kerja cepat tak bermaksud kerja mudah. Semua orang nampak kerja siap, tapi tak nampak betapa banyaknya effort yang perlu diletakkan untuk maintain semuanya. Ingat, kita bukan cuma bayar untuk masa yang dihabiskan, tapi untuk pengalaman yang membentuk kita.

MC versus Call in sick

MC versus Call in sick. "Kalau pekerja terpaksa 'menipu MC' untuk berehat, itu bukan isu disiplin. Itu isyarat tempat kerja anda bermasalah." Di Malaysia, kita terlalu biasa dengan budaya MC—sakit sikit terus ke klinik, ambil sijil, tunjuk kat HR. Tapi pernah tak kita tanya kenapa ada pekerja yang terpaksa 'cheat' MC? Mungkin dia bukan sakit fizikal, tapi burnout. Mungkin dia bukan malas, tapi dah tak mampu. Mungkin dia bukan menipu, tapi tempat kerja kita tak ada ruang untuk rehat yang jujur. Dekat Europe, banyak syarikat benarkan self-declare sick leave. Tak perlu MC. Sebab mereka percaya—kalau kau tak sihat, kau patut rehat. Full stop. Di Malaysia, kita kadang-kadang lebih fokus kepada enforcement daripada improvement. Tapi tanya balik diri kita: Kenapa kita nak orang yang tak nak kerja, datang kerja? Kerja pun tak produktif, moral team pun jatuh. Kalau kita betul-betul nak bina tempat kerja yang sihat—start with trust. Husnuzon. Dan kalau terlalu ramai pe...

Interview

  Masa interview, senang je cara nak detect boss GREEN FLAG ✅ • Dia explain semua role & expectation • Dia cerita pasal growth & team development • Kita rasa selesa je masa interview • Dia tanya pasal apa yang kita cari dalam kerja Dapat boss yang baik itu juga rezeki. Ingat, bukan kita je dinilai tapi kita pun kena nilai interviewer juga. Jadikan komunikasi dua hala. Sesiapa yang pernah kerja dengan boss green flag ni tahu la, memang susah nak resign. Setuju kan?

Kain samping!

Kain samping ni memang ada nilai tradisi dan simbolik yang besar dalam budaya Melayu. Ia bukan saja pelengkap pakaian, tapi juga menunjukkan keindahan dan kehalusan seni orang Melayu. Kain samping melambangkan kemegahan dan status seseorang, terutama bila digunakan dengan corak dan bahan berkualiti. Contohnya, kain songket sering dikaitkan dengan majlis rasmi atau perayaan seperti Hari Raya. Selain itu, ia mencerminkan adat dan identiti Melayu yang kuat—sesuatu yang terus dipertahankan dari generasi ke generasi. Kain samping memang lebih daripada sekadar aksesori pakaian bagi orang Melayu—ia penuh dengan makna dan nilai simbolik. Selain menjaga kesopanan, ia melambangkan status sosial, keperibadian, dan juga adat yang diwarisi turun-temurun. Dalam era Kesultanan Melayu dulu, cara ikatan serta panjang samping memainkan peranan penting untuk mengenal pasti kedudukan pemakainya, dari rakyat biasa hingga golongan bangsawan. Lebih menarik lagi, ikatan samping menjadi penanda hubungan perkah...

JANGAN BUANG MASA

  JANGAN BUANG MASA Wahai jiwa yang sedang mencari, Sibukkanlah dirimu dengan mengingati Allah, Agar tiada ruang untuk dengki dan benci, Agar tiada celah untuk iri dan hasad. Isilah waktumu dengan ilmu yang membimbing, Dengan zikrullah yang mendamaikan, Agar hatimu tidak punya waktu untuk berburuk sangka, Agar lidahmu tidak sempat berdusta. Wahai diri yang sering alpa, Jangan engkau sombong! Kita ini cuma hamba yang hina, Yang setiap harinya bergelut dengan dosa, Namun ditutupi Allah segala cela, Dihijab-Nya aib yang tak terhitung banyaknya. Jangan berani engkau sombong terhadap Tuhanmu. Tahukah engkau siapa yang benar-benar sombong kepada Allah? Mereka itu… Yang hidupnya enggan mengenal Dia, Yang solatnya sekadar perbuatan, Yang ibadahnya tanpa penghayatan, Yang menyembah tetapi tidak mencintai, Yang menyebut nama-Nya tetapi tidak mengenali. Alangkah ruginya mereka yang mati sebelum sempat mengenal Tuhannya. Solatnya banyak, puasanya panjang, Namun hatinya tidak pernah dekat denga...