Skip to main content

SPM

 

No alternative text description for this image 

BIAR FOTO BERBICARA

Hari ni penuh facebook saya dengan posting keputusan SPM, mak ayah bangga, cikgu terharu, anak-anak berdebar. Tapi, ada satu posting yang buat saya berhenti scroll. Lama juga saya termenung. Sebuah foto... tapi penuh makna ❤️

Masya-Allah Tabarakallah. Dalam lautan kejayaan, ada satu cahaya akhlak yang menyinar. Anak ini... Perilakunya menunjukkan dia berterima kasih kepada semua dan hebatnya bukan hanya sekadar berterima kasih kepada cikgu, tapi juga pakcik guard sekolah.

Siapa pernah terfikir yang selama ni, pakcik guard yang tiap pagi bukakan pintu pagar tu, mungkin dalam diam doakan kesejahteraan anak-anak kita? Siapa pernah sangka, senyuman makcik kantin masa bagi nasi lemak tu mungkin jadi asbab hati anak kita tenang jawab exam?

Anak ini tunjuk satu contoh akhlak yang terbaik sebagai seorang pelajar. Akhlak yang bukan hanya mahukan hasil. Akhlak yang pandang peranan setiap insan, tidak hanya pada nama dan pangkat.

Saya yakin, anak-anak yang begini... rezekinya bukan saja pada angka keputusan, tapi pada keberkatan hidup. Sebab apa? Sebab dia tahu menghargai. Dan anak yang pandai berterima kasih, insya-Allah akan jadi insan yang besar hatinya.

Arwah ayah saya selalu pesan, "Kalau ada perasaan ihsan dalam diri, kejayaan takkan buat kita lupa diri. Kita tetap akan tunduk, tetap syukur, tetap mengenang jasa semua insan yang sentiasa bersama kita ketika menjalani proses kemenangan, tak kisahlah samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Apapun tahniah buat semua ibu ayah hari ni. Keputusan apa pun anak kita dapat, percayalah... yang penting bukan sekadar straight A, tapi straight to akhlak, straight ke hati manusia, dan straight jalan menuju reda Allah. Semoga anak-anak kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah. Aameen

Didiklah anak-anak dengan cinta dan ada ihsan. Kerana anak yang baik akhlaknya, akan jadi penyejuk mata ketika kita memandang… penyejuk hati ketika di dunia dan akhirat, Insya-Allah.

Semoga Allah jadikkan anak-anak kita semua sebagai seorang insan yang bermanfaat dan membawa rahmat buat dunia. Aameen Ya Rabbal Alamin.

Comments

Popular posts from this blog

Handphone

KEHIDUPAN Apa PENEMUAN yang paling Hebat, Dahsyat dan Luar  Biasa di ABAD ini...???    LETRIK...?    PESAWAT...?     KENDERAAN...?    TELEVISYEN...?    KOMPUTER...? SALAH BESAR, Ternyata BUKAN...! Penemuan yang paling hebat di Abad ini adalah HANDPHONE...      Mengapa...??? Inilah JAWABNYA. HP Melenyapkan telefon awam. HP Melenyapkan telefon rumah. HP Melenyapkan Kafe internet. HP Melenyapkan Televisyen. HP Melenyapkan Radio. HP Melenyapkan Tape Recorder. HP Melenyapkan Kamera. HP Melenyapkan Game. HP Melenyapkan Surat khabar. HP Melenyapkan Kalender. HP Melenyapkan Kad ATM. HP Melenyapkan Dompet. HP akan melenyapkan apa lagi di masa akan datang...??? 😭 HP boleh melenyapkan MATA anda. 😭 HP boleh melenyapkan TULANG LEHER anda. 😭 HP boleh melenyapkan KESIHATAN anda. 😭 HP boleh melenyapkan PERKAHWINAN anda. 😭 HP boleh melenyapkan KASIH SAYANG KELUARGA anda. 😭 HP boleh melenyapkan GENERASI PENERUS anda. 😭 HP b...

Bodoh

  Bodoh Tak Salah, Tapi Jangan Bodoh Sombong Tanya bila tak tahu, itu bijak. Tapi bila tak tahu, tapi nak belagak… itu bodoh sombong. Jangan takut bertanya, takutlah bila kita syok sendiri. Ilmu tak melekat pada ego. Nak pandai, sila turunkan dahi, bukanlah naikkan hidung. Gitu.

Kembalikan

Kembalikan SEMANGATKU.. Kembalikan KEKUATANKU... MONDAY... Have A GREAT Day.. G : Jangan Lupa Setkan GOAL Hari Ini.. R : Jangan Lupa RESPECT Diri, IbuBapa, Keluarga,   RakanRakan Dan Insan Sekeliling.. E : Jangan Lupa Jaga EMOTIONS Dalam Percakapan   Dan Perbuatan.. A : Jangan Lupa Jaga ATTITUDES Sebaik Mungkin   Sebagai Role Model Untuk Diri Kita Dahulu.. T : Jangan Lupa Ucapkan THANK YOU Kepada Diri   Dan Semua.. Semoga Hari Ini Menjadikan Anda Lebih Semangat Dan Terus Berusaha.. Salam Dan Selamat Pagi.. SahabatSahabatKu.. LindungDiriLindungSemua 😷