Skip to main content

Takde kerja!

“Takde kerja! Orang Asli tak boleh kerja disini.” Saya berada di tandas Tapah RNR (arah Utara) ketika kejadian berlaku.

Pada pukul 7.20 pagi, saya terdengar perbualan apabila dua wanita Orang Asli meminta kerja sebagai “Pencuci Tandas” daripada seorang pekerja asing yang angkuh.

Saya berjalan ke arah mereka dan bertanya: “Kenapa Orang Asli tak boleh kerja di sini?” “Orang Asli adalah rakyat Sah Malaysia.”

Dengan angkuh, pekerja asing itu menjawab, “Orang Asli tak pandai kerja. Suka lari dari kerja.”

Ketika itu, hati saya terasa sebak. Beraninya seorang warga asing bercakap dengan rakyat Malaysia sebegitu angkuh, dengan nada sombong dan wajah yang menjengkelkan.

“Awak tu yang tak boleh kerja di sini. Awak ada permit tak?” Saya bertanya dengan tegas. Pekerja asing itu cepat-cepat berlalu pergi.

Kemudian, saya bertanya kepada dua wanita Orang Asli tersebut (nampaknya mereka dalam lingkungan usia 50-60 tahun): “Kakak nak cari kerja? Datang dari mana?”

Salah seorang menjawab: “Nak cari kerja, dik. Orang lori kata boleh kerja cuci tandas. Ni kakak saya. Kami takde duit nak makan. Anak pergi kerja di KL. Dah lama tak balik.”

Saya bertanya lagi: “Datang sini naik apa?”

Dia menjawab, “Naik lori. Tumpang lori yang masuk kampung.”

Ditinggalkan oleh darah daging sendiri memang menyakitkan.

Saya tak bertanya lebih lanjut. Saya hanya nasihatkan mereka supaya meminta bantuan Ketua Kampung untuk menghubungkan mereka dengan Jabatan Orang Asli atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sebelum kami berpisah, saya tuliskan nombor telefon saya untuk mereka hubungi jika perlukan bantuan. (Mereka tiada telefon bimbit untuk dihubungi 😭)

Seorang insan berhati mulia juga memberi mereka sedikit wang tunai. Saya berharap mereka dapat pulang ke rumah dengan selamat.

Comments

Popular posts from this blog

Handphone

KEHIDUPAN Apa PENEMUAN yang paling Hebat, Dahsyat dan Luar  Biasa di ABAD ini...???    LETRIK...?    PESAWAT...?     KENDERAAN...?    TELEVISYEN...?    KOMPUTER...? SALAH BESAR, Ternyata BUKAN...! Penemuan yang paling hebat di Abad ini adalah HANDPHONE...      Mengapa...??? Inilah JAWABNYA. HP Melenyapkan telefon awam. HP Melenyapkan telefon rumah. HP Melenyapkan Kafe internet. HP Melenyapkan Televisyen. HP Melenyapkan Radio. HP Melenyapkan Tape Recorder. HP Melenyapkan Kamera. HP Melenyapkan Game. HP Melenyapkan Surat khabar. HP Melenyapkan Kalender. HP Melenyapkan Kad ATM. HP Melenyapkan Dompet. HP akan melenyapkan apa lagi di masa akan datang...??? 😭 HP boleh melenyapkan MATA anda. 😭 HP boleh melenyapkan TULANG LEHER anda. 😭 HP boleh melenyapkan KESIHATAN anda. 😭 HP boleh melenyapkan PERKAHWINAN anda. 😭 HP boleh melenyapkan KASIH SAYANG KELUARGA anda. 😭 HP boleh melenyapkan GENERASI PENERUS anda. 😭 HP b...

Bodoh

  Bodoh Tak Salah, Tapi Jangan Bodoh Sombong Tanya bila tak tahu, itu bijak. Tapi bila tak tahu, tapi nak belagak… itu bodoh sombong. Jangan takut bertanya, takutlah bila kita syok sendiri. Ilmu tak melekat pada ego. Nak pandai, sila turunkan dahi, bukanlah naikkan hidung. Gitu.

Kembalikan

Kembalikan SEMANGATKU.. Kembalikan KEKUATANKU... MONDAY... Have A GREAT Day.. G : Jangan Lupa Setkan GOAL Hari Ini.. R : Jangan Lupa RESPECT Diri, IbuBapa, Keluarga,   RakanRakan Dan Insan Sekeliling.. E : Jangan Lupa Jaga EMOTIONS Dalam Percakapan   Dan Perbuatan.. A : Jangan Lupa Jaga ATTITUDES Sebaik Mungkin   Sebagai Role Model Untuk Diri Kita Dahulu.. T : Jangan Lupa Ucapkan THANK YOU Kepada Diri   Dan Semua.. Semoga Hari Ini Menjadikan Anda Lebih Semangat Dan Terus Berusaha.. Salam Dan Selamat Pagi.. SahabatSahabatKu.. LindungDiriLindungSemua 😷