Skip to main content

Tarif Baru Trump

 Tarif Baru Trump ni buatkan saya ingin menulis.
.
.
Pengumuman tarif baru oleh Donald Trump pada 2 April 2025 bukan sekadar isu ekonomi global. Ia juga memberi kesan besar kepada dunia pendidikan, terutama bagi pelajar Master dan PhD.
Kalau U all  sedang atau akan menyambung pengajian tinggi, ini adalah sesuatu yang U  wajib tahu! Terutama U yang melihat US sebagai destinasi.
Saya perlu pecahkan kepada kesan langsung dan tak langsung bila Trump adjust tariff baru. Kita fokus untuk mereka di AS  dulu. Kesan pada kita tunggu sat. 


Kesan Langsung Kepada geng Master & PhD.
1. Kos Peralatan Penyelidikan Meningkat
Banyak peralatan makmal dan teknologi penyelidikan diimport dari China. Dengan tarif baru ini, harga komputer, mikroskop elektronik, bahan kimia, dan mesin penyelidikan akan melambung naik. Universiti dan penyelidik yang bergantung kepada dana terhad pasti akan terjejas. Baca "Tariffs on China limit students' access to technology, warn educators"
2. Dana Penyelidikan Dipotong.
Trump telah mengurangkan bajet pembiayaan untuk penyelidikan universiti. Universiti besar seperti Columbia dan Pennsylvania sudah mula merasai kesannya, banyak weh geran penyelidikan ditarik balik, menyebabkan penyelidik dan pelajar Master/PhD kehilangan sumber kewangan. Baca kat sini. "Trump budget cuts could devastate US research universities" 


Kesan Tidak Langsung Yang Lebih Besar.
1. Kurang Pelajar Antarabangsa so Universiti Kehilangan Duit.
Salah satu kekuatan universiti di AS ialah pelajar antarabangsa, terutama dari China, India, dan Timur Tengah. Sekarang, akibat perang perdagangan dan polisi imigrasi ketat, ramai yang membatalkan niat untuk sambung belajar di AS.
Kajian menunjukkan AS boleh kehilangan 30,000 pelajar China dalam masa 10 tahun. Universiti akan kehilangan USD 1.15 bilion dari yuran mereka. Baca kat sini "Trade wars with China could cost U.S universities $1.15 billion"
2. Ramai Profesor & Pakar Berpindah Ke Negara Lain.
Bila dana penyelidikan dipotong dan polisi semakin ketat, profesor dan penyelidik terkemuka mula berhijrah ke negara lain seperti Kanada, UK, dan Jerman.
Fenomena ini disebut sebagai ‘brain drain’ kehilangan tenaga pakar dari satu negara ke negara lain. Akhirnya, pelajar Master dan PhD di AS akan kehilangan mentor dan peluang penyelidikan berkualiti tinggi. Baca kat sini "US higher education is losing top educators under Trump".
3. Banyak Projek Penyelidikan Terhenti.
Dengan pemotongan bajet dan kehilangan penyelidik pakar, banyak projek penyelidikan yang sebelum ini rancak akan terbantut atau dihentikan terus.
Universiti di Pittsburgh adalah contoh jelas , mereka mengalami kesukaran untuk meneruskan inisiatif Diversity, Equity & Inclusion (DEI) kerana pemotongan dana besar-besaran oleh kerajaan. Baca sini "Trump’s budget cuts force universities to rethink research funding"
.
Kalau U  seorang pelajar Master atau PhD, ini bukan sekadar isu global yang jauh. Tarif dan polisi baru ini boleh meningkatkan kos penyelidikan, mengurangkan peluang pembiayaan, dan menjejaskan kualiti pendidikan tinggi secara keseluruhan.
Jangan terkejut kalau dalam beberapa tahun akan datang, semakin ramai pelajar dan penyelidik mula memilih negara lain selain AS untuk menyambung pengajian dan menjalankan penyelidikan. Sekarang pun kita dah nampak.
Adakah kita masih melihat AS sebagai destinasi utama untuk Master atau PhD? Atau adakah negara lain yang lebih stabil dari segi pendidikan dan penyelidikan?
.
Adakah ini peluang BESAR untuk kita perkasakan pengajian tinggi kita?! @highlight

Comments

Popular posts from this blog

Handphone

KEHIDUPAN Apa PENEMUAN yang paling Hebat, Dahsyat dan Luar  Biasa di ABAD ini...???    LETRIK...?    PESAWAT...?     KENDERAAN...?    TELEVISYEN...?    KOMPUTER...? SALAH BESAR, Ternyata BUKAN...! Penemuan yang paling hebat di Abad ini adalah HANDPHONE...      Mengapa...??? Inilah JAWABNYA. HP Melenyapkan telefon awam. HP Melenyapkan telefon rumah. HP Melenyapkan Kafe internet. HP Melenyapkan Televisyen. HP Melenyapkan Radio. HP Melenyapkan Tape Recorder. HP Melenyapkan Kamera. HP Melenyapkan Game. HP Melenyapkan Surat khabar. HP Melenyapkan Kalender. HP Melenyapkan Kad ATM. HP Melenyapkan Dompet. HP akan melenyapkan apa lagi di masa akan datang...??? 😭 HP boleh melenyapkan MATA anda. 😭 HP boleh melenyapkan TULANG LEHER anda. 😭 HP boleh melenyapkan KESIHATAN anda. 😭 HP boleh melenyapkan PERKAHWINAN anda. 😭 HP boleh melenyapkan KASIH SAYANG KELUARGA anda. 😭 HP boleh melenyapkan GENERASI PENERUS anda. 😭 HP b...

Bodoh

  Bodoh Tak Salah, Tapi Jangan Bodoh Sombong Tanya bila tak tahu, itu bijak. Tapi bila tak tahu, tapi nak belagak… itu bodoh sombong. Jangan takut bertanya, takutlah bila kita syok sendiri. Ilmu tak melekat pada ego. Nak pandai, sila turunkan dahi, bukanlah naikkan hidung. Gitu.

Burnout

Ramai yang tengah 'battle' dalam diam. Luaran nampak okay, tapi dalam hati banyak yang dipendam. Burnout dekat tempat kerja is no joke ya kawan-kawan. Benda ni bukan berlaku tiba-tiba, tapi hasil daripada tekanan yang berpanjangan. Puncanya? ~ Workload berlebihan – semua task “urgent” ~ Waktu kerja yang tak fleksibel / no boundary – kerja 'follow' balik rumah ~ Kurang penghargaan atau pengiktirafan ~ Arahan kerja yang tak jelas  ~ Tiada ruang untuk bersuara / komunikasi satu hala ~ Tiada support system Burnout bukan tanda kita lemah. Tapi akan berlaku bila kita abaikan kesihatan mental sendiri. Kita terlampau fokus dengan kerja, sampai lupa kita ni manusia biasa. Diri sendiri perlukan rehat, ruang, dan sokongan. And yes, a good leader will take this seriously. Bukan sekadar cakap manis atau janji kosong, tapi mesti seiring dengan tindakan. To those silently struggling, please give yourself a break. You’re not alone. Talk to someone. No deadline is worth your peace of mi...